Thursday, February 8, 2018

Emphasis The Truth. Dokumen Yang Di Dedahkan Tidak Releven


Kenapa Rafizi tidak sepatutnya dikasihani kerana 30 bulan penjara kerana NFC

Rafizi baru sahaja mengeluarkan cerita sedih tentang bagaimana beliau berjuang untuk rakyat dan dihukum dengan penjara 30 bulan kerana "mendedahkan masalah rasuah" NFC.

Biasanya, cerita itu berakhir dengan meminta orang ramai menderma lebih banyak wang kepadanya.



Undang-undang adalah undang-undang. Walaupun tiada siapa yang mahu melihat sesiapa dipenjarakan, ianya penting untuk membetulkan cerita Rafizi mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Menggunakan penyata bank NFC Corp pada 7 Mac 2012, Rafizi membuat tuduhan secara terbuka bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk pembiakan lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah - kes yang mana dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.




Pada asasnya, Rafizi telah melanggar akta BAFIA kerana mendedahkan penyata bank peribadi NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan oleh mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini.

 Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, anda melanggar undang-undang. Rafizi tahu ini.



Mengapakah beliau harus dikasihani apabila beliau secara sukarela dan dengan sengaja melanggar undang-undang untuk memfitnah orang lain?



Rafizi bukan pun orang pertama yang "mendedahkan" masalah syarikat NFC ini.

 Kerajaan sendiri yang "mendedahkan" NFC ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengatakan bahawa NFC telah gagal mematuhi objektif pembentukannya selepas pinjaman mudah sebanyak RM250 juta telah diberikan oleh kerajaan.

Pada Mac 2012 semasa Rafizi membuat “pendedahan” itu, Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Parlimen telah meneliti isu NFC berdasarkan apa yang dinyatakan dalam laporan AG. Begitu juga dengan SPRM.

Klik di sini :

https://tinyurl.com/y9qw9hl5

Jadi, Rafizi bukanlah "wira" yang mendedahkan NFC tapi hanya 'copy paste' isu yang telah pun di dedahkan dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi!!!



Dengan 'copy paste' isu ini, Rafizi bangkit menjadi satu nama yang diketahui ramai.

Beliau kemudian diberi kerusi Parlimen Pandan untuk bertanding dalam PRU13, yang mana beliau menang dan telah mendapat gaji bebas cukai bulanan sebanyak RM29,000 sejak itu.



Dengan menggunakan kemasyhurannya, beliau juga telah mengumpulkan berjuta-juta derma daripada orang ramai di mana sebahagian daripada wang itu kemudian dikesan telah digunakan untuk membayar yuran perkhidmatan untuk syarikat milik Rafizi yang membekalkan tenaga kerja kepada Invoke.

Bertentangan dengan dakwaannya bahawa beliau tidak mengambil satu sen pun daripada orang awam, kemasyhuran dan kekayaan yang diterimanya adalah kerana “pendedahan” NFC ini.




Kita ucapkan selamat bercuti kepada YB Rafizi. Abg Non yang 'kesunyian' di dalam sana pasti merindui Rafizi dan kabarnya dah lama mengidam 'sotong sumbat' istimewa!!!


Jadi apakah kita perlu kasihankan Rafizi?

Saya rasa tidak perlulah, sebab Abang Non sentiasa bersedia menemani Rafizi di dalam sana.

Tulisan dan link asal artikel oleh :

Lim Sian See
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/2112702082281908

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 9, 2018 at 2:31:00 AM GMT+8

    KIOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































fda

Archives