Friday, August 12, 2016

Bermulanya apabila Najib tak mahu ikut cakapnya ....


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang adalah kerana beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima “arahan” daripada bekas perdana menteri itu.

Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang “obses” dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara.

“Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.

“Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia… saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MetroTv yang disiarkan di sini malam tadi.

Baca laporan sepenuh Bernama di MyKMU SINI.

Akhirnya setelah percubaan menjatuhkan Dato Najib melalui undi tidak percaya di Parlimen, rancangan usul perwakilan dari floor, membawa penyiasat asing siasat MDB dll, Mahathir akhirnya mulakan parti sendiri.

Bolehkah Bersaru atau Pribumi berjaya? Lihat di Snapshot 2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/08/ppbm-belum-nampak-sokongan-masih.html  

1 comments:

  • Anonymous says:
    August 12, 2016 at 4:23:00 PM GMT+8

    demikianlah manusia yang kecewa keran tidak dapat memenuhi kehendak nafsunya. 22 tahun dah makan segala amcam keudahan dan nikmat sewaktu pemerintahannya. cukuplah. kembali la kepada jalan yang benar.

fda

Archives