Saturday, May 26, 2018

Tukarlah GST ke SST, harga barang naik lagi!

|0 comments

KENAPA HARGA BARANGAN AKAN NAIK BILA SST 10% MENGGANTIKAN GST

Saya bukanlah peminat Mak mertua Fazrin Azwa ni, tapi bab janji 100 hari ni saya setuju dengan Rafidah.

 Cuba kita bayangkan, nak buat GST kita bagi tempoh 18 bulanpun ramai tak bersedia, apatah lagi nak tukar dari GST kepada SST dalam 100 hari.

Ada tanya saya pula, adakah harga barang akan turun bila patah balik buat SST. Jawapan saya mudah, jika semua barang nak diletakkan 10% SST, maka kebanyakkannya memang akan naik. Ini buktinya:

Cara Kira Bawah GST


Bila barang keluar kilang RM100, Pemborong Bayar GST RM6. Kalau dia markup 20% dari harga barang, dia jual kat peruncit RM120.

Dia kenakan GST 7.20. RM6 dia amik, hanya 1.20 dia serah govt. Bila peruncit beli brg 120, dia mark up 30% harga brg jadi RM156. Dia charge pengguna GST RM9.36. Dia amik duit dia dah bayar 7.20 dan baki RM 2.16. diserah pada kerajaan.

Jadi jumlah GST yg pengguna bayar sahaja yg kerajaan kutip, yg lain pulang balik. RM 6 + 1.20 + 2.16 = RM 9.36 ialah cukai yg kerajaan dapat dan RM 165.36 ialah harga barang.

Cara Kira Bawah SST


Bila barang keluar kilang RM100, Pemborong Bayar Cukai Jualan 10% iaitu RM10. Kalau dia markup 20% dari harga barang, dia akan mark up berserta RM 10 cukai yg dia bayar sebab cukai itu jadi kos dia. Tak boleh diclaim.

Dia jual kat peruncit RM132. RM 20 dia mark up dari harga barang, RM 2 dia mark up dari cukai, ini bermakna cukai kena dua kali, atau dipanggil cukai berganda. Tapi RM 2 ni tak diserah pada kerajaan.


Bila peruncit beli brg 132, dia mark up 30% iaitu 39.60. RM 36 mmg hak peniaga mark up dari harga barang. Tapi 3.60 tu dia mark up dari cukai, namun ianya tak diserah pada kerajaan. Ini dipanggil cukai bertingkat.

 Maka harga barang jadi RM171.60. Jadi jumlah Cukai yg pengguna bayar ialah RM 10 + 2 + 3.60 = RM 15.60. Tapi yg kerajaan kutip hanya RM 10. Cukai yang dilarikan RM 5.60.



So terpulang pada rakyat skrg. Kalau nak GST Harga barang cuma RM 165.36 dan cukai yg dibayar hanya RM 9.36.  Kalau kita pilih SST, harga barang RM171.60. Tapi bersedialah bayar cukai RM15.60, walaupun RM 10 je masuk kantung negara.

Lokman Adam
Pemantau Malaysia Baru
#GST #SST #ManifestoBukanJanji #RinduZamanNajib

Sila baca juga:

Apa jadi kepada harga barang dan ekonomi selepas GST dihapuskan?
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/739489-apa-jadi-kepada-harga-barang-dan-ekonomi-malaysia-selepas-gst-dihapuskan-nanti.html

Jet kerajaan: Dulu Rosmah ditegur, Berani ke Mahfuz tegur Anwar?

|0 comments

Itu dulu.

Melihat Atok ke sana sini dengan Jet, maka Jijah DPM pun teringin.






Mungkin kerajaan #MalaysiaBaharu tidal lagu salah ahli keluarga menaiki jet kerajaan
http://khairulryezal.blogspot.my/2018/05/mungkin-kerajaan-malaysiabaharu.html

Friday, May 25, 2018

MOF baru akauntan bangang salah kira hutang RM1 trillion

|0 comments


OH MY ACCOUNTANT (TO PUN OH MY ENGLISH)

Dr M cuma doktor. Daim loyar. Ingatkan LGE tu accountant. Cuma bermain half truth atau accountant palsu.

Aku yg bukan akauntan pun tahu MASB berhubung contingent liabilities dan OPEX utk PFI yg ala "sales and leaseback".

CONTINGENT LIABILITIES mcm Guarantee bukan hutang. Jadi hutang jika keadaan tertentu.

OK lah dah sebut jaminan yg dah tak mampu bayar. Tapi tak ko kojo gilo disebut gomen default?

Nak kasi market terkojot lagi ko sebutlah senarai semua CL. Jgnlah setakat yg itu sajo. Ado kang duit pencen EPF aku cukup utk beli PLC. Hahaha 😄

Mahathir suka kato, "You get the government that you chose.". Pastinya I did not vote a government so deceiving but bangang.

Yg PFI tu nak disebut sebagai hutang pun kojo bangang. Mmg ado debate PFI ni utk hide hutang as Off B/S item dan mcm2 lagi.

Tapi kito guno bukan pasal itu tapi utk pastikan gomen upaya sediakan prasana yg rakyat perlukan. Dia OPEX la dan bukan BALANCE SHEET ITEM. Mesti LGE tido dalam kolas.Betul ker ado ijazah?

Nak detail, baca komen Megat Zulhazmi At-Terawis dan Zam Yahaya di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155650746328269&id=623128268




Tuesday, May 22, 2018

Putrajaya Mencuci Dosa Lim Guan Eng

|0 comments

Guan Eng mengemukakan representasi kpd pejabat AG untuk menggugurkan kes rasuah nya yang melibatkan terowong dasar laut dan pembelian rumah di jalan Pinhorn.

Baca di sini :

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/738639-lim-dan-phang-kemuka-representasi-gugurkan-kes-rasuah.html

Juga di sini :

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/21/guan-engs-graft-trial-postponed-to-july-30-lawyers-to-ask-for-charges-to-be-dropped/

Apakah 5 Prinsip Rukun Negara Masih Lagi Relevan Kepada Kerajaan Pakatan Harapan?



Adakah ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan dah menghalalkan rasuah dalam pentadbiran negara?

Sekiranya itu benar, akan adakah lagi keadilan di bumi Malaysia ini?


Sekiranya kes yang telah di buat pertuduhan di mahkamah, sudah di tetapkan perbicaraan di mahkamah boleh di gugurkan sewenang2nya, apakah jaminan kerajaan sekarang akan mengamalkan pentadbiran yang benar2 bersih dari rasuah dan salah guna kuasa?

Rakyat menunggu2 perbicaraan kes rasuah ini bukan kerana OKT nya ialah Lim Guan Eng, bukan kerana DAP tetapi kerana ingin tahu kebenaran dakwaan itu, ingin melihat keadilan ditegakkan dan ingin melihat undang2 negara di daulatkan sebagaimana yang termaktub di dalam prinsip Rukun Negara yang ke empat tanpa mengira darjat...


Definasi 'Rule Of Law' Pada Mahathir


Di mana ungkapan "NOBODY IS ABOVE THE LAW" jika undang2 dicabuli dan dirogol?

Melihat pada permohonan representasi peguam Guan Eng dan Phang kepada Peguam Negara baru yang akan di lantik, kita dah boleh menjangkakan apakah kesudahan skrip ini nanti...


Jika pejabat AG menggugurkan kes rasuah ini semata-mata untuk melayakkan Guan Eng memegang jawatan Menteri Kewangan maka di manakah letaknya Kedaulatan Undang2?

Apakah Malaysia hari ini undang2 hanya dikuasai oleh Regim Mahathir yang Undang2 negara boleh digunakan sesuka hati?

Apakah Mahathir boleh dikategorikan sudah menyalahgunakan kuasa untuk kelompoknya???

Jika Kes Guan Eng Di Gugurkan, Tak Ada Sebab Kenapa Kes Najib Tidak Boleh Di Gugurkan


Jangan "double standard" dalam menjalankan hukum dan jika Najib diperangkap untuk mensabitkannya, maka Najib juga layak untuk mengemukakan representasi untuk menggugurkan kes yang dihadapinya.

Mengapa Transparency International diam dalam perkara ini?

#RakyatMenungguJawapan
#RakyatSedangMemerhati

Sunday, May 20, 2018

Tanpa GST, Mana Cekau RM53 Billion Untuk Pampasan Tol Percuma

|0 comments

AKIBAT TERLANJUR MENABUR JANJI, PERJANJIAN TOL SIAPA YANG UNTUNG, SIAPA YANG RUGI!!!

Salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan terutamanya dikawasan bandar adalah janji untuk menghapuskan Tol 100%...

Menghapuskan Tol Yang Di Bina Sewaktu Pemerintahan Mahathir Dulu Hanya Membazirkan Duit Rakyat...

Berbaloikah dana rakyat dibelanjakan untuk menghapuskan tol? 

Adakah ianya akan menguntungkan rakyat marhein?

Jawapannya sudah pasti TIDAK...


Menggunakan Duit Rakyat Untuk Hapuskan Tol Hanya Menguntungkan Taukey Besar


Untuk membina lebuh raya utara selatan umpamanya, kerajaan tidak memberikan PLUS sebarang bantuan kewangan...

PLUS hanya dianugerahkan konsesi untuk membina lebuh raya tersebut...

Maka bagi mendapatkan dana, PLUS perlu menerbitkan bon...

Bila bon dibeli, si pembeli sudah pasti mengharapkan pulangan dari dana yang mereka laburkan...

Jika bon yang diterbitkan bernilai 10 billion umpamanya, maka jumlah keuntungan yang perlu dibayar kepada pembeli bon tersebut sudah pasti bukan sedikit jumlahnya...

Maka ini akan melibatkan kos kewangan...

Begitu juga apabila sesudah lebuh raya itu siap, PLUS perlu menggaji juru tol, penyelenggara R&R dan Plus Ronda yang menjaga keselamatan...

Mereka ini pula perlu dipantau oleh penyelia serta pengurus, ini akan melibatkan kos operasi...

Begitu juga bila lebuhraya sudah siap, adakah dalam tempoh 10-20 tahun lebuhraya itu tidak akan rosak?

Maka, ini akan melibatkan kos keseluruhan penyelenggaraan yang tinggi...

Baca di sini :

 https://www.bharian.com.my/node/101081

Juga di sini :

https://paultan.org/2016/09/22/plus-peruntukkan-rm1-bilion-setahun-kos-selenggara/

Maknanya, jika kita nak hapuskan tol yang contohnya bernilai 10 billion,  kita perlu membayar pampasan yang lebih tinggi dari jumlah tersebut kerana PLUS perlu menampung kos pengurusan, kewangan dan penyelenggaraan. 

Itu belum kira keuntungan yang akan diambil oleh Plus sebagai pemegang konsesi. 

Apa lagi bila perjanjian konsesi antara kerajaan ketika itu (Dr. Mahathir) dengan PLUS banyak memihak kepada PLUS...

Baca di sini...

https://pakdin.my/tol-lebuhraya-perjanjian-berat-sebelah-antara-mahathir-dan-kroni-menyebabkan-tempoh-konsesi-berlanjutan/

Siapa Sebenarnya Yang Untung Kalau RM53 Billion Di Gunakan Untuk Hapus Tol

Bagi menunaikan janji menghapuskan tol 100% dinegara ini, lebih kurang RM53 billion wang rakyat perlu dibelanjakan untuk membayar pampasan kepada pemegang konsesi...

Adalah sangat tidak bijak jika kerajaan Pakatan Harapan membelanjakan duit rakyat sebanyak itu dengan menghapuskan tol, sedangkan ianya hanya akan dinikmati oleh warga kota dan mereka yang tinggal dibandar-bandar utama...

Rakyat di Baling, di Pengkalan Kubur, di Kuala Lipis dan banyak kawasan lain tidak  akan merasa nikmat dari penghapusan tol tersebut walaupun mereka juga menyumbang kepada kutipan cukai...

Malah rakyat Sabah tidak pernah nampak pondok tol di Sabah...

Itu sebabnya sebelum ini, Kerajaan Barisan Nasional memilih untuk mengagihkan kek kekayaan ekonomi negara dalam bentuk subsidi bersasar yang lebih menguntungkan golongan B40, berbanding membelanjakan dana yang lebih besar saiznya dari peruntukkan RM46 billion belanja pembangunan negara untuk menghapuskan tol...

Bantuan bersasar kepada B40 seperti BR1M umpamanya, bila kita belanjakan RM6.3 billion tahun 2017, ianya dinikmati oleh 7.2 juta keluarga yang mempunyai pendapatan isirumah bawah RM4,000...

Mereka ini ada dimana-mana, di bandar, di kampung, di Kuala Lumpur, Johor Baharu, Gua Musang, malah di dalam hutan juga ada...

Jangan lupa, orang-orang asli juga menerima BR1M...

Selain daripada itu, kerajaan Pakatan Harapan harus sedar, orang miskin kebanyakkannya hanya menunggang motosikal...

Motosikal tidak perlu membayar tol, pengguna pengangkutan awam juga membayar tol yang sangat rendah berbanding kereta biasa...

Kadar tol yang di bayar oleh bas dan teksi adalah rendah berbanding kenderaan persendirian...


Akan tetapi, penyumbang sebenar kutipan tol adalah lori dan trailer yang mengangkut barang dari Perlis ke Kuala Lumpur dan kemudiannya ke Johor Baharu...

Kerana mereka ini bukan sekadar perlu membayar kadar yang lebih tinggi, namun perjalanan yang mereka lakukan adalah pada jarak yang jauh berbanding dengan warga kota yang menyumbang kepada kutipan tol dengan jumlah yang kecil kerana membayar tol untuk berulang-alik ke tempat kerja sahaja...

Persoalannya, adakah pemandu-pemandu lori dan pemandu-pemandu trailer tersebut yang menanggung yuran Tol? 

Sudah tentu tidak...

Yang menanggung tol tersebut ialah taukey2 syarikat pengangkutan...

Wajarkah kita hapuskan tol  dengan menggunakan dana rakyat yang sebegitu banyak, hanya untuk mengayakan lagi golongan T20 ini? 

Perbezaan Polisi Ekonomi DS Najib Dengan Polisi Ekonomi Tun M

Beza antara polisi ekonomi DS Najib berbanding dengan polisi ekonomi Tun M...

Polisi Ekonomi DS Najib

Zaman DS Najib, beliau memegang kepada prinsip, tanggungjawab menyediakan jalan raya dan prasarana adalah tanggungjawab kerajaan... 

Kalau terpaksa berhutang sekalipun, beliau akan berhutang demi memastikan kos menyediakan jalanraya dan prasarana kepada rakyat tidak dipindahkan bebannya ke bahu rakyat dengan mewujudkan tol...


Itu sebabnya zaman DS Najib, lebuhraya dari Kuala Krai ke Kuala Lipis, tiada tol...

Baca di sini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155581547634998&id=129843674997


Lebuhraya Pan Borneo juga jika siap tidak akan ada tol...

Tiada konsesi diberikan kepada kroni dengan syarat yang berat sebelah sehingga membebankan rakyat dalam menyiapkan MRT... 

Baca di sini :

https://www.bharian.com.my/node/44448

Maka rakyat tidak perlu bimbang, kadar tol atau kadar tambang MRT akan naik sekiranya volume trafik tidak mencukupi dalam tempoh tertentu...

Polisi Ekonomi Tun M

Berbeza dengan polisi Tun M, beliau berjaya mengelakkan pinjaman bagi membina lebuhraya utara selatan dan ERL...

Namun apabila kroni diberikan konsesi dengan perjanjian yang berat sebelah...

Rakyat penyudahnya yang menjadi mangsa untuk mengayakan pemegang konsesi kesayangan...

Akhirnya, Tun M sendiri yang pening kepala memikirkan bagaimana hendak memenuhi janji menghapuskan tol yang beliau sendiri perkenalkan...

PENGHAPUSAN TOL, SIAPA UNTUNG, SIAPA RUGI?

“AKIBAT TERLANJUR MENABUR JANJI”

Oleh Lokman Adam
Bekas Pengarah Komunikasi MOF
20hb Mei, 2018 / 8.10am

#RinduZamanNajib #EkonomiKukuhZamanNajib
#RezabNegaraTertinggiZamanNajib
#LebihanAkaunSemasaRM15B
#BR1MRinganBebanRakyat
#Pray4DSNR
#TolakRegimMahathirDAP

Kalau Mantan PM Di Layan Begitu, Adakah Lagi Jaminan Keadilan Untuk Rakyat

|0 comments


3 unit kondominium mewah di Pavilion Residences yang diserbu oleh pihak berkuasa Khamis lalu telah dijelaskan oleh pegawai bertugas bukan milik DS Najib...

Tetapi propaganda media pro-PH seperti Mkini, FMT, Astro Awani terus mengarahkan tumpuan kepada DS Najib dengan bait-bait ayat seperti "kediaman yang dipercayai milik bekas PM", dalam siasatan dan mempunyai kaitan dengan kes 1MDB...

Dalam penggelidahan selama lebih 10 jam,  barang2 peribadi seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas...

Malah kasut2 bayi kepunyaan cucu kepada DS Najib juga turut dirampas oleh pihak berkuasa...

Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak pula diambil!!!

Ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain...

SIAPA DATIN CINDY ???

Dalam serbuan tersebut 72 beg berisi wang tunai, 284 kotak berisi beg tangan berjenama telah dibawa keluar...

Di kotak-kotak tersebut jelas tertulis nama 'DATIN CINDY', bukannya nama DATO' SERI NAJIB atau DATIN SERI ROSMAH...



Siapa sebenarnya Datin Cindy yang tertulis di kotak-kotak rampasan tersebut?

Datin Sri Cindy Lim atau nama sebenarnya Tan Kewi Yong adalah Pengarah Eksekutif Pavilion REIT & Malton Bhd, isteri kepada tycoon hartanah Tan Sri Desmond Lim Siew Choon, individu ke-27 terkaya di Malaysia. Cindy juga merupakan kakak kepada jutawan 'Casio King' pemilik CIC, Tan Sri Robert Tan Hua Choon...

Desmond Lim merupakan pemilik gedung mewah Pavilion disamping beberapa perniagaan hartanah lain...

POLIS ARAH PEMBANTU RUMAH SEDIAKAN MAKANAN

Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas...

Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau...

Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa orang pihak berkuasa...

Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh pihak polis semasa serbuan...

DS NAJIB DI HUKUM SEBELUM DI DAPATI BERSALAH

Belum ada sebarang pembuktian semua rampasan itu berkaitan dengan DS Najib atau 1MDB, tapi tengoklah bagaimana permainan persepsi yang dihidang oleh media-media pro-PH...

Astro Awani (milik kroni sang diktator) menyiarkan 'live streaming' selama lebih 3 jam... what the fish???

Saya tidak pertikaikan kerja pihak berkuasa, pastinya mereka bertindak mengikut laporan...

Cuma kerja media pro-PH yang agak bangang dan melampau...


Seperti orang lain, DS Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna.

Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya.

Apakah kerana geram dan dendam semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina???

Ini modus operandi yang hampir sama dengan apa yang berlaku 20 tahun lalu ke atas DS Anwar Ibrahim...

BILA BERKUASA SANG DIKTATOR TUA KEMBALI KE WATAK ASAL


Jelas membuktikan hati tua sang diktator tidak pernah berubah dalam menggapai misi peribadi dan dendam kesumatnya...

Dan inilah caranya diktator tua membalas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak yang membawa beliau masuk kembali ke dalam Umno setelah di singkirkan...

Dan inilah cara terbaik diktator tua membalas jasa DS Najib yang pernah menyelamatkan karier politiknya satu masa dulu...

Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT melindungi orang-orang yang teraniaya...

TAHUKAH ANDA???

FERDINAND MARCOS lari ke Guam menggunakan pesawat tentera di kepulauan Pasifik sebaik tumbang di Filipina!!!

YINGLUCK SHINAWATRA lari ke Kemboja melalui sempadan sebaik saja kerajaannya digulingkan oleh junta tentera Thailand!!!

THAKSIN SHINAWATRA mendapatkan suaka politik USA selepas Kerajaan pimpinannya tumbang semasa dia dalam lawatan kerja di USA!!!

ANWAR IBRAHIM menyorok di Kedutaan Turki ketika ura2 beliau bakal didakwa!!!

SADDAM HUSEIN menyorok dalam lubang ketika kerajaan ditumbangkan rakyat sambil dibantu serangan US!!!

MUAMAR GHADDAFI dan keluarga bertempiaran lari dan menyorok dalam lubang pembentung ketika diburu rakyat!!!

NAJIB  RAZAK pergi solat taraweh ketika anggota polis tunggu di depan rumahnya!!!

Saturday, May 19, 2018

Usaha Memansuhkan Agama Pada MyKad Menghampiri Malaysian Malaysia

|0 comments

Ingat lagi tak apa yang Lim Guan Eng cakap bila wartawan dari negara China tanya apa komen Guan Eng bila dia antara bangsa Cina di Malaysia yang di lantik sebagai menteri kewangan antara potfolio kanan dalam kabinet...

Lim Guan Eng jawab dia bukan bangsa Cina tapu bangsa Malaysia...

Dalam tulisan sebelum nie di laman blog yg sama, ada di nyatakan bahawa Guan Eng mesti memberikan definasi yg tepat mengenai bangsa Malaysia yg di maksudkan kerana ianya bertentangan dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan...

Baca di sini :


PKR Jurucakap DAP Untuk Merealisasikan Malaysian Malaysia


Ahli parlimen Miri dari PKR, Dr. Michael Teoh Yu Keng dgn muka tak bersalah mengatakan akan membentangkan usul dalam Dewan Rakyat supaya status ugama dan bangsa dalam MyKad dimansuhkan...

Baca di sini :


Ibarat kaduk naik junjung...

Janji2 Pakatan Harapan masih lagi belum tertunai tapi ahli parlimen dari Pakatan Harapan dah berani menyentuh isu yang paling sensitif di Malaysia khususnya di kalangan bangsa Melayu dan bumiputera yang beragama Islam...

Mustahil sebagai ahli parlimen Michael Teoh tak tahu peruntukan perlembagaan Malaysia mengenai perkara 153  yang dengan jelas memperuntukan kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta perkara 3-1 yg cara jelas memperakui ugama Islam sebagai ugama resmi persekutuan...

Baca di sini :




Nampaknya apa yang Dr. Michael Teoh nak buat berbeza dgn jaminan yg Ketua Umum PKR katakan...

Apakah ini tanda bahawa Anwar sudah kehilangan pengaruh dalam PKR?


Atau apakah ini satu tanda bahawa dalam PKR sendiri sudah ada kumpulan pro DAP dan mengenepikan Ketua Umum PKR yg terkenal dgn semangat nasionalis...

Kenapa Sekarang Mereka Berani Mencabar Sensitiviti Bangsa Melayu dan Bumiputera Serta Ugama Islam

Inilah kesilapan terbesar yang orang Melayu dan yang beragama Islam lakukan di dalam sejarah Malaysia...

Kerana terlalu ghairah kononnya nak kan perubahan, kita sudah lupa apa yg boleh mereka lakukan bila telah menjadi golongan majoriti dalam Dewan Rakyat...

Baca di sini :

http://www.malaysia-today.net/2018/05/10/kjaan-msia-didominasi-bukan-islam/

Bila usul memansuhkan status bangsa dan ugama di bentangkan maka pindaan terhadap perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mesti di lakukan terlebih dahulu...

Dengan majoriti ahli parlimen kerajaan memihak kepada bukan Islam (belum lagi di campurkan dengan jumlah ahli parlimen bukan Islam BN) maka tidak akan menjadi masaalah untuk perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di pinda...

Bantahan dari ahli parlimen bukan Islam dari kalangan BN amat di ragui kerana telah di buktikan semasa pembentangan RUU 355 dahulu...

Bila perkara 3-1 dan perkara 153 berjaya di pinda maka akan hilanglah segala keistimewaan serta perlindungan bangsa Melayu dan bumiputera dan dengan sendirinya taraf ugama Islam yang selama ini di wartakan sebagai ugama resmi persekutuan akan terlucut...

Walau pun SPB YDP Agong serta Majlis Raja2 sekalipun tidak akan mampu menolak usul pindaan perlembagaan kerana mengikut perlembagaan sekarang, setelah parlimen meluluskan satu2 usul atau pindaan, maka ianya hendaklah di rujuk kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja2 untuk persetujuan dan tandatangan...

Dam selepas tempoh 60 hari sekiranya tidak mendapat perkenan dari SPB YDP Agong dan Majlis Raja2 maka usul atau pun pindaan itu secara automatik akan di anggap sah...

Sekiranya ini berlaku maka DAP boleh tersenyum lebar kerana perjuangan Malaysian Malaysia mereka selama ini sudah di realisasikan...

Kita bukan mahu bersifat perkauman tetapi apa yang telah di persetujui di dalam kontrak sosial hingga membawa kepada persetujuan perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mestilah di hormati dan di pertahankan...

Kita melihat usul untuk memansuhkan status bangsa dan ugama dalam MyKad hanyalah pembuka jalan kepada pindaan perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan...

Kerana itulah matlamat sebenar mereka...


Hanya Perpaduan Dapat Menyelamatkan Kita


Bumi Malaysia Bumi Berdaulat...

Demi masa depan anak bangsa, kita sudah tidak boleh berpecah seperti sekarang lagi...

Sekiranya usul ini ingin di teruskan juga maka bangsa Melayu dan Bumiputera mesti bangun dan menentang...

Sekiranya kita tewas hari ini, apakah yang akan kita jawab pada anak cucu kita nanti!!!

Friday, May 18, 2018

Adakah Tuduhan Tun M Bahawa Angka Ekonomi Palsu Benar

|0 comments
TUDUHAN TUN DR. MAHATHIR BAHAWA ANGKA EKONOMI NEGARA ADALAH PALSU TERNYATA TIDAK BERASAS


Dalam satu kenyataan media bagi menjawab balik tuduhan Tun Dr. Mahathir bahawa angka2 ekonomi negara adalah palsu, Dato' Lokman Adam mengatakan beliau agak terkejut dengan kenyataan Tun M, Perdana Menteri Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PPBM semalam.


Mahathir Dakwa Keadaan Ekonomi Malaysia Tak Seperti Yang Di Lapurkan


Tun M telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi tahunan negara yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini adalah palsu termasuk beberapa angka ekonomi lain.


Ketua Perangkawan Negara Nafikan Dakwaan Mahathir


Sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menerangkan tentang Dasar Ekonomi Negara sebelum ini, selaku Bekas Pengarah Komunikasi MOF, Dato' Lokman Adam telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Dato’ Sri Dr Uzir bin Tengku Dato' Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun M bahawa ianya telah dipalsukan.

Ini disebabkan, segala data-data yang telah dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangkakerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa.

Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi.


Hakikatnya Ekonomi Malaysia Memang Berada Dalam Keadaan Baik

Tun M seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Tun M mewarisi kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Dato Sri Najib Razak.

Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Tun M selama ini bahawa negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya Tun M menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9% adalah antara yang tertinggi didunia.



Dalam masa yang sama, Tun M juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali.


Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Tun M memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK.

Tun M kini tertekan kerana apa yang Tun M fitnah terhadap ekonomi negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM 438 Billion.

Baca di sini :

http://khairulryezal.blogspot.my/2018/05/baru-3-hari-ph-ambil-alih-ekonomi.html?m=1



Malah Moody's Investor Service juga mengeluarkan kenyataan yang senada dengan bekas Gabenor Bank Negara itu.

Baca di sini :

http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kerajaan-ph-warisi-ekonomi-kukuh-1.672929


Tujuan Sebenar Tun M Merampas Putrajaya Hanyalah Untuk Balas Dendam Pada DS Najib


Nyata bagi kita semua, sejak ambil alih kuasa sebagai perdana menteri, fokus utama Tun M bukanlah untuk menunaikan janji2 pilihanraya Pakatan Harapan atau menyelamatkan Malaysia sebab Malaysia memang sudah berada dalam keadaan selamat tetapi adalah untuk melempiaskan dendam peribadi kepada DS Najib...

Baca di sini :

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/31481-enggan-tunai-kemahuan-peribadi-punca-dendam-mahathir-terhadap-najib.html

Tun M sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Dato Sri Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau.

Sebagai cucu kepada Jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya.

Tapi Tun M kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Tun M yang hanya punyai 12 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Tun M diaibkan pula.

Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk  angkut duit, barang kemas  serta kereta-kereta mewah milik anak2 Tun.

Masa tu baru rakyat akan bertanya macamana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbillion ringit nilainya.


Sumber Asal :
Kenyataan Media Dato' Lokman Adam
Bekas Pengarah Komunikasi
Kementerian Kewangan Malaysia

PH Terus Menipu Rakyat

|0 comments

Sejak menubuhkan kerajaan 10hb Mei 2018 hingga ke hari ini -17 Mei 2018, genap 7 hari Pakatan Harapan dapat menawan Putrajaya...


Ramai pengundi kat luar sana dah mula pertikaikan kesungguhan Pakatann Harapan menunaikan janji2 pilihanraya...

Lain Yang Di Janji, Lain Yang Terjadi

Mahathir Mungkir Janji Untuk Menghadkan Kuasa Perdana Menteri Dalam Kabinet


Manifesto PH : Untuk mengehadkan kuasanya, Perdana Menteri dilarang memegang jawatan kabinet yang lain.

Apa Yang Berlaku : Tun Mahathir telah menamakan dirinya Menteri Pelajaran.

Mahathir Mungkir Janji Bila Perdana Menteri Campurtangan Dalam Perlantikan Pegawai Kanan


Manifesto PH : Untuk mengurangkan kuasa PM untuk mempengaruhi pelantikan pegawai-pegawai utama kepada SPR, SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, pelantikan sedemikian mesti ditegaskan oleh  Pesuruhjaya Pemilihan  Parlimen yang relevan.

Apa Yang Berlaku : Tun Mahathir melantik Mohd Shukri Abdull sebagai ketua SPRM. Malah, belum ada seorang anggota kabinet yang bersumpah dan tidak pernah mengadakan parlimen baru.

Mahathir Mungkir Janji Bila Umumkan Cukai GST Tak Mansuh Cuma Pada Kadar 0%


Manifesto PH : GST akan dimansuhkan sepenuhnya.

Apa Yang Berlaku:  GST tidak dimansuhkan tetapi akan dikurangkan kepada 0% pada 1 Jun.

Sistem GST akan tetap kukuh dan boleh ditingkatkan apabila dikehendaki.

Mahathir Mungkir Janji Untuk Mengurangkan Dan Stabilkan Harga Petrol




Manifesto PH :  Harga petrol akan stabil dan dikurangkan.

Apa Yang Berlaku : Harga petrol stabil tetapi tidak dikurangkan. Ia masih ditetapkan pada RM2.20 seliter untuk RON95.

Mahathir Mungkir Janji Untuk Tidak Berdendam




Manifesto PH : Tidak akan ada dendam terhadap Najib Razak.

Apa Yang Berlaku:  Najib Razak dan keluarganya dikenakan serbuan polis awal yang berlangsung selama 15 jam pada malam Ramadan yang direka untuk menakut-nakutkan dan memalukannya.

Najib juga ditolak hak asasi manusia dan dihalang daripada keluar negara, pelawat tidak dibenarkan melawatnya semasa serbuan polis dan terdapat pengawal polis di hadapan rumahnya.

Jelas, kesungguhan yang ada pada kerajaan Pakatan Harapan sekarang hanyalah untuk membalas dendam pada DS Najib Razak...

Secara sah, kabinet kerajaan Pakatan Harapan sekarang cuma ada seorang yang dah angkat sumpah iaitu Perdana Menteri...

Sementara menteri2 yang lain, termasuk Timbalan Perdana Menteri cuma baru di calunkan dan masih belum mempunyai kuasa menteri kerana belum angkat sumpah...

Sedangkan hampir semua kerajaan negeri sudah di bentuk...

Kenapakah Mahathir melengah2kan utk menubuhkan kabinet yang sah?

Apa kah masaalahnya?

Apakah pada pandangan Mahathir, pemimpin Pakatan Harapan tak ada yang layak untuk menjadi menteri?

Atau Mahathir ada agenda tersendiri iaitu melunaskan dendam pada mantan perdana menteri DS Najib Razak...


Mungkin Mahathir berpendapat, sekiranya kabinet yang sah ditubuhkan segera maka akan ada pemimpin Pajatan Harapan akan menentang agenda Mahathir untuk balas dendam pada DS Najib Razak...

Sebab dah ada di kalangan pemimpin Pakatan Harapan sendiri yang membantah tindakan ke atas DS Najib...

Selagi kabinet yang sah belum ditubuhkan, cuma Mahathir seorang yang ada kuasa mutlak dalam Malaysia...

Inikah keadilan yang di laungkan..

Inikah bentuk harapan yang di bawa oleh Pakatan Harapan!!!

Sekiranya seorang mantan perdana menteri boleh di aibkan, di nafikan hak asasinya dan di perlakukan sehingga sebegitu rupa, apakah jaminan keselamatan dan keadilan yang ada pada rakyat Malaysia di bawah pemerintahan regim Mahathir dan Pakatan Harapan!!!

Thursday, May 17, 2018

Setelah 7 hari, GST belum hapus, minyak blum RM1.50 ... KEZALIMAN BERLELUASA

|0 comments




Setelah 7 hari...

Salam 1 Ramadhan

1998 Rumah Anwar diselongkar
2018 Rumah Najib diselongkar pula

Yang tak pernah diselongkar ialah rumah Mahathir, Mokhzani, Mirzan, Mukhriz dan Marina

Walaupun usia dah mencecah 93 tahun, namun nampaknya politik dendam ni tidak pernah berhenti.  Tiada ke sedikitpun rasa simpati sesama manusia di malam Ramadhan pertama ini?  Perlu ke hantar sampai 15 kereta dan trak Polis ke rumah Dato Sri Najib?

Ayuh rakyat Malaysia, kita bangkit menentang kezaliman Regim Mahathir DAP ini.  Pastikan seluruh rakyat Malaysia tahu setiap bentuk kezaliman yang dilakukan di tanah air tercinta ini.

Bantu kami sebarkan maklumat yang boleh menyedarkan rakyat. Tekan join di sini https://telegram.me/lokmanadam

Mohon diaebarkan kepada teman-teman lain.

--------

Mahathir, Zeti, Daim, Nenek Pidah keluar kenyataan
Siapa yang tadbir negara ini.

Setahu aku seorang saja dilantik secara sah. Yang lain tu sampai lantik?

7 hari jadi PM



1)17000 penjawat awam kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan

2)GST zero rated 1/6

3)Minyak kekal dan diberi subsidi utk kenaikan.



4)Logo satu Malaysia dirobohkan

5)Sykt kerajaan bakal diswastakan.

Jelas tiada satu keputusan dibuat baik untuk rakyat dan negara.

-------


*GST SIFAR ATAU MANSUH GST?*

1⃣ Laporan Harian Metro hari ini hanya menyebut kenyataan Kementerian Kewangan bahawa pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar SIFAR (0%) mulai 1 Jun 2018.


Ini bermakna GST tidak  dihapuskan sebagaimana *MANIFESTO PAKATAN HARAPAN* dan berpotensi akan dinaikkan dari masa ke semasa.

2⃣ Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipercayai *_kehilangan telurnya_* untuk membuat kenyataan meski pun sebelum ini pernah menyatakan kepada pihak Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) *"GST MUST GO".*

3⃣ Sementara itu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dipetik Sinar Harian hari ini sebagai berkata bahawa kerajaan telah mengeluarkan arahan pemansuhan GST dan akan memulangkan kembali kutipan cukai tersebut kepada pihak yang menuntutnya.

4⃣ Samada anda *PENGELUAR, PEMBORONG, PENIAGA atau PENGGUNA,* Perdana Menteri mahu memulangkan duit bayaran GST yang telah dibayar oleh *RAKYAT MALAYSIA.*

5⃣ Sungguh baik hati Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia ini.

Cepat-cepatlah cari resit-resit bayaran barangan dan perkhidmatan yang telah anda buat sejak 1 April 2015.

Salam Hormat Dari Saya;
*ZAMZURI MOHAMED TAHIR*
30 Sya'aban 1439H
16 Mei 2018
Rabu 10.00p.m.

Tambah lagi kenapa baru seminggu dah tidak lagi bankrup Msia ni?







TERKINI

Today's (*17 May 2018*) breaking of PH promises:

_PH manifesto:_ In order to limit his powers, Prime Minister is prohibited from holding other cabinet positions.

_What just happened:_ Tun Mahathir has named himself Education Minister.

_PH manifesto:_  To reduce the power of the PM to influence the appointment of key officials to the EC, MACC, Malaysian Human Rights Commission and Judicial Appointment Commission, such appointments must be affirmed by the relevant Parliament Select Committtees.

_What just happened:_ Tun Mahathir has appointed Mohd Shukri Abdull as MACC head. In fact, there has yet to be a single cabinet member sworn in nor has the new parliament convened.

Yesterday's (*16 May 2018*) breaking of PH promises:

_PH manifesto:_  GST will be fully abolished.

_What just happened:_ GST is not abolished but will be reduced to 0% on June 1st. GST system will remain intact and can be increased back when wanted.

_PH promise:_  Petrol prices will be stabilized and reduced.

_What just happened:_ Petrol prices are stabilized but is not reduced. It is still set at RM2.20 per liter for RON95.

_PH promise:_  There will be no revenge on Najib Razak.

_What just happened:_ Najib Razak and his family subjected to pre-dawn police raids that lasted 15 hours on the eve of Ramadan designed to intimidate and embarrass him. Najib is also denied his human rights and barred from traveling, visitors are not allowed to visit him during the police raids and there is a police barricade in front of his house.
fda

Archives